Kelab MalaysiaKu
11 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2019, Kelab MalaysiaKu di bawah naungan Jabatan Penerangan dan kerjasama SMK Sebauh telah menjalankan lawatan sambal belajar ke Pusat Internet Sebauh. Seramai 10 orang ahli Kelab MalaysiaKu yang terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sebauh yang diiringi oleh guru pengiring Encik Muhamad Faiz bersama Perwakilan Jabatan Penerangan Bintulu, Encik Walter Sideu diiringi Encik Mohammad Ariffin Bin Hassan. Semasa lawatan, pengisian program seperti Advokasi Klik Dengan Bijak telah dibuat. Sesi soal jawab Klik Dengan Bijak juga dibuat bersama-sama pelajar sekolah yang hadir. Pada sesi penutupan, majlis jamuan ringan turut diadakan bersama peserta lawatan dan wakil Jabatan Penerangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: